Tuesday, August 16, 2016

RAHSIA GPA 4.00


Dulu sahabat saya ini gagal. Dia buat silap dalam peperiksaan yang semester lepas di UM. Dan yang cantiknya aturan Allah, bila dia mula kembali kepada Allah secara sedar, sepenuh hati. ‘Bantuan Allah’ tak pernah tersalah poskod. Saya kongsikan status sahabat saya Ahmed Hazman ;
——————————-
Failure is only the opportunity to begin again. Only this time more wisely.
——————————-
“Arghh..”, aku menguap bangun pagi (tidur selepas subuh) sambil membuka iPad untuk check result semester 2 2013/2014.
D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu.
Terkejut.
Kecewa.
Terdiam seribu bahasa.
Banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. Namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. Tetapi, atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali meningatkan diri bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini.
Keinsafan disertakan sujud syukur.
Semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu.
…..
Apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.
1. Jikalau dahulu, kelas didahulukan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan manusia datangnya dari Allah. ‘Kun Fayakun’
2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahajud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit. (terpantun pula)
3. Solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.
4. Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. Boleh rujukhttp://www.TeknikBAD.com . Teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. Banyak yang Allah datangkan tanpa disangka-sangka. Turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke Kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.
5. Ubah cara belajar. Jikalau dahulu di PASUM, study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan Kejuruteraan Mekanikal yang lain. Study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. Sharing is caring.
6. Fail to plan is plan to fail. Kata-kata ini disemat supaya merancang awal. Merancang carry mark dan menyiapkan tutorial sebelum study week. Peperiksaan bagi subjek yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.
…..
Alhamdulillah, semester ini (sama ada rezeki atau ujian) aku memperoleh 4 rata.
Sebagai umat Islam, kita ada senjata orang beriman iaitu doa.
Bukan tidak perlu belajar, tetapi utamakan si Pemberi yang Maha Esa dari makhluk-makhluknya yang lain.
p/s: Pesanan ini untuk kita semua terutamanya pada aku pada semester 4 nanti. Ingat! Jatuh bukan bermakna gagal selamanya. Hidup ibarat roda, mungkin hari ini kau berada di atas, esok, lusa tidak diketahui. Ambil pengalaman orang lain untuk diadaptasi dalam jalan menuju kejayaan kita kelak.
Terima kasih sebab membacanya.
————————
Belajar sesuatu? Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment