Thursday, August 18, 2016

KWSP: Kenapa baru sekarang ada Simpanan Syariah?



KWSP: Kenapa baru sekarang ada Simpanan Syariah, dan kenapa hanya “jaminan modal, dan tidak bersama dividen seperti simpanan konvensional?

Simpanan Syariah KWSP adalah suatu alternatif kepada simpanan KWSP yang ada sekarang. Walaupun simpanan sekarang mengamalkan konsep ESG, dan tiada pelaburan-pelaburan yang dilaburkan kepada pelaburan yang tidak "ethical" seperti perjudian, namun ia masih lagi melakukan pelaburan di dalam pelaburan yang tidak patuh Syariah seperti perbankan konvensional. Oleh kerana itu, simpanan Syariah ini diperkenalkan untuk mereka yang mahu memastikan bahawa wang persaraan mereka patuh syariah. Tuan-tuan mempunyai pilihan untuk memilih dan tiada sebarang paksaan. Sama seperti perbankan Islam. Kita memberi alternative. Kepada sesiapa yang "concern", maka mereka boleh berurusan secara perbankan Islam. Sesiapa yang tidak mahu, maka itu terpulang kepada diri masing-masing

Tuesday, August 16, 2016

Model Baharu Penajaan JPA 2016 – Kenyataan Akhbar


PUTRAJAYA, 5 APRIL 2016 – Pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan adalah salah satu teras strategik Kerajaan ke arah pencapaian aspirasi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, Kerajaan komited kepada usaha pembangunan modal insan negara melalui program penajaan sebagai langkah yang menyokong pencapaian aspirasi tersebut.
Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan pembiayaan program penajaan dengan peruntukan sebanyak RM1.65 bilion untuk menanggung pembiayaan seramai 49,060 pelajar sedia ada iaitu penajaan 41,324 pelajar dalam negara dan 7,736 pelajar di luar negara. Manakala peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta lagi telah diluluskan di bawah Pengubahsuaian Bajet 2016 untuk membiayai penajaan pelajar baharu tahun 2016.

USLUB DA’WAH (Pendekatan Dalam Berdakwah)


USLUB DA’WAH (Pendekatan Dalam Berdakwah)
Oleh: Prof. Dato Dr. Harun Din
Editor: H.I.R

MUQADDIMAH

Dakwah memerlukan kepada uslub (kaedah) yang baik. Uslub yang terbaik adalah uslub yang bersifat rabbani sesuai dengan itu sendiri yang bersifat ‘Rabbaniy al-masdar’. Oleh itu tajuk dakwah dan uslubnya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan kerana kejayaan dakwah bergantung kepada beberapa faktor dan antara yang utamanya ialah berkaitan uslub dakwah itu sendiri.
Dakwah Islam adalah sesuatu yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah maka ia adalah sesuatu amal yang sangat murni yang perlu dilaksanakan dengan cara yang terbaik, jujur dan ikhlas sesuai dengan maksud firman Allah :

“ Dan siapakah lagi yang paling elok percakapannya daripada mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah. ”
(Terjemahan Maksud Al -Quran, Surah Fussilat : 33)

Dakwah merupakan profesion para rasul sejak Nabi Nuh ‘alaihissalam sehingga kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam. Mereka adalah da’ei (pendakwah) ulung yang diutus Allah kepada manusia untuk menunjukkan jala yang patut dilalui.

Catatan Khas: Turki, Permata yang Sedang Berkilau


Catatan Khas: Turki, Permata yang Sedang Berkilau

1. Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya program ceramah perdana yang bertajuk Senario Politik Asia Tengah Pasca Cubaan Rampasan Kuasa Turki yang disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Apabila diberikan tugasan sebagai Program Coordinator, misi utama yang perlu saya laksanakan ialah memastikan majlis berjalan dengan lancar daripada awal sehinggalah ia melabuhkan tirai dengan jayanya.

2. Pada asalnya, pihak kami telah pun menyediakan meja kuliah dan kerusi agar Tuan Guru dapat berucap sambil duduk sahaja memandangkan beliau kurang sihat dan keletihan pulang dari Turki masih belum hilang dek kerana kepadatan jadual tugasan.
Namun, beliau sendiri pula yang meminta untuk berucap sambil berdiri seperti biasa. Beliau berucap selama 1 jam 15 minit di pentas Dataran KUIZM, Taman Melewar.

3. Bagi sesiapa yang hadir di situ mahupun mendengar melalui Radio Hijau FM ataupun menonton melalui FB live pasti akan terpukau dengan syarahan yang Tuan Guru Presiden sampaikan. Bagaikan berada dalam kuliah subjek Tamadun Islam di universiti, pada lewat malam kita dihidangkan dengan sejarah, pengalaman dan fakta yang agak berat untuk kita hadam. Sempat juga saya buat catatan ringkas, tetapi mana mungkin selembar kertas cukup untuk saya catatkan kesemua isi penting syarahan tersebut yang jauh lebih bernilai daripada Fitnah RM 90 Juta.

RAHSIA GPA 4.00


Dulu sahabat saya ini gagal. Dia buat silap dalam peperiksaan yang semester lepas di UM. Dan yang cantiknya aturan Allah, bila dia mula kembali kepada Allah secara sedar, sepenuh hati. ‘Bantuan Allah’ tak pernah tersalah poskod. Saya kongsikan status sahabat saya Ahmed Hazman ;
——————————-
Failure is only the opportunity to begin again. Only this time more wisely.
——————————-

Oh Anak ku~


1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.